fbpx

14,954 kes baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 14,954 kes dilaporkan hari ini.

PUTRAJAYA – Kes harian negara hari ini di bawah angka 15,000 dengan 14,954 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,097,830 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan sebanyak 2,707 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 2,028 kes dan Johor sebanyak 1,948 kes.

“Kelantan (1,420 kes), Sabah (1,356 kes), Pulau Pinang (1,259 kes), Perak (1,222 kes), Kedah (809 kes), Pahang (705 kes), Terengganu (671 kes), Kuala Lumpur (383 kes), Melaka (207 kes) dan Negeri Sembilan (144 kes).

“Perlis pula (76 kes) dan Putrajaya (19 kes) manakala, tiada jangkitan baharu di Labuan hari ini,” katanya pada Facebook di sini hari ini. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI