fbpx

103 penduduk di Kemensah belum boleh pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kediaman penduduk yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height ketika kejadian tanah runtuh berlaku pada Jumaat lalu. - FARIZ RUSADIO

AMPANG JAYA – Seramai 103 penduduk di Jalan Kemensah Heights yang dipindahkan dari kediaman mereka untuk sementara waktu susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Kemensah Height Jumaat lalu masih tidak dibenarkan pulang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi membenarkan kesemua penduduk pulang ke kediaman mereka.

“Kita masih lagi menunggu keputusan daripada pihak (JMG) sama ada kawasan itu selamat untuk diduduki atau tidak.

“Namun, penghuni boleh balik ke rumah untuk mengambil barang-barang mereka atas pengawasan polis buat sementara waktu sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelasnya, pihak polis mengawal rapi 24 jam di sekitar kawasan tersebut semenjak bencana alam itu terjadi.

“Pihak polis melakukan rondaan setiap masa serta sekatan jalan raya turut dilakukan di kawasan tersebut.

“Perkara ini amat penting bagi mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian jenayah yang tidak diingini,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar sungai ekoran daripada kejadian tanah runtuh itu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI