fbpx

Wang tabung surau derma PKP lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tabung masjid badan kebajikan dan khairat Kematian dipecahkan oleh pencuri yang menceroboh Surau Al-Huda, Taman Inderapura bandar Jerantut semalam.

JERANTUT – Wang tabung badan kebajikan dan khairat kematian Surau al-Huda yang diletakkan di dalam surau berkenaan di sini lesap dilarikan pencuri semalam.

Pengerusi Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Taman Inderapura (Bakkti), Rahmat Yusof berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas solat Zohor hingga menjelang waktu Asar semalam.

“Kejadian ini disedari oleh ahli jemaah surau yang hendak memulakan solat Asar semalam yang melihat tabung berkenaan terbuka dan kunci mangga dipotong.

“Kita tidak tahu berapa jumlah wang dalam tabung, tetapi jangkaannya tentu banyak kerana yang terkumpul dalam tabung ini merupakan sumbangan ahli kariah surau dan dermawan dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak empat bulan lalu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Rahmat, jawatankuasa surau tersebut tidak membuka tabung itu untuk membuat pengiraan jumlah yang ada memandangkan semasa tempoh PKP kehadiran jemaah surau terhad berikutan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam pada itu, katanya, satu laporan polis telah dibuat berikutan kejadian itu pada pukul 5.15 petang semalam dan pihak polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di surau.

“Berikutan kejadian ini, jawatan kuasa pengurusan surau akan memasang dua unit CCTV lagi di luar surau sebagai langkah kawalan serta jaminan keselamatan pada masa akan datang,”ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI