fbpx

Rossi teruja untuk bersama Dovizioso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVIZIOSO mungkin mengumumkan persaraan selepas sah tidak mengambil bahagian dalam saingan MotoGP musim depan. – AFP

MISANO, Itali – Juara Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) enam kali, Valentino Rossi mengakui cukup teruja untuk berganding dengan Andrea Dovizioso buat pertama kali selepas rakan senegaranya dari Itali itu sah menyertai pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) musim ini.

Sebagai rekod, Petronas SRT telah mengumumkan kehadiran Dovizioso bersama pasukan untuk mengharungi baki saingan MotoGP musim ini dan bakal membuat kemunculan debut pertama pada Grand Prix (GP) San Marino di Misano malam esok.

Sebelum ini, Yamaha telah melakukan rombakan pelumba pasukan Monster Energy Yamaha apabila membatalkan kontrak Maverick Vinales bulan lalu dan posisi tersebut diberikan kepada pelumba Petronas SRT, Franco Morbidelli yang dinaikkan ‘pangkat’ bermula GP Misano kali ini.

“Hubungan bersama Dovizioso sebelum ini sekadar ‘baik-baik saja’ walaupun sudah lama mengenalinya cukup lama khususnya sebagai pelumba pasukan pesaing kerana kami berdua tidak pernah digandingkan bersama dalam karier sebelum ini.

“Saya tidak sabar untuk melihat sendiri bagaimana pres­tasi Dovizioso di atas litar sebagai rakan sepasukan. Sudah tentu saya teruja kerana dia sebelum ini berjaya memberikan saingan sengit sebagai pelumba pasukan pesaing.

“Sudah tentu saya masih ingat tahun pertamanya di pentas MotoGP ketika mewakili Honda pada musim 2008 yang membuatkan saya percaya dengan potensi dan masa depan yang cerah dimiliki oleh Dovizioso,” kata Rossi yang akan bersara musim depan.

Dovizioso sebelum ini mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada saingan MotoGP selepas kontrak­nya bersama Ducati berakhir pada penghujung musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI