fbpx

RM395,200 lesap djerat cinta Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Seorang wanita kerugian RM395,200 selepas terpedaya dengan cinta palsu lelaki warga asing yang dikenalinya melalui laman sosial sejak April lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mangsa berkenalan dengan suspek yang mendakwa berada di London menerusi laman Instagram yang menggunakan nama CHONGWEI14580.

Menurutnya, sepanjang perkenalan itu, mangsa telah berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp sebelum jatuh cinta terhadap lelaki berkenaan.

“Pada 10 September lalu, mangsa yang baru kematian suami menghubungi suspek berkongsi kisahnya.

“Sebagai tanda simpati, suspek bermurah hati untuk mengirimkan wang tunai AS$950,000 (RM3,962,925). Pada 13 September lalu, mangsa menerima e-mel dari sebuah syarikat penghantaran dari Korea,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, menerusi e-mel itu, mangsa dikehendaki membuat bayaran RM6,200 untuk melepaskan barangan itu daripada pihak kastam.

Suspek juga mengugut mangsa sekiranya enggan membuat bayaran itu.

Bayaran seterusnya, wanita itu akan ditangkap kerana bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Panik dengan ugutan itu, mangsa menyerahkan RM395,200 menerusi 24 transaksi pemindahan wang ke dalam 11 akaun berbeza antara 13 hingga 15 September lalu.

Mangsa membuat laporan polis semalam selepas menyedari ditipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI