fbpx

Pos Gob berpotensi jadi pusat ekopelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (dua dari kiri) ketika melawat inap desa yang dibangunkan oleh penduduk Orang Asli di Pos Gob, Gua Musang hari ini. - FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Perkampungan Orang Asli paling jauh di Kelantan iaitu Pos Gob berpotensi dimajukan sebagai pusat ekopelancongan yang mampu menarik pelancong dalam dan luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan akan fokus terhadap industri pelancongan di kawasan itu yang berupaya meningkatkan ekonomi dan taraf hidup Orang Asli.

Katanya, Pos Gob mempunyai keindahan alam semula jadi seperti sungai, hutan dan air terjun.

“Keperluan tempat penginapan juga sudah dibina di Pos Gob yang melibatkan 19 buah inap desa, namun ia perlu ditambah baik.

“Pada awal tahun depan kita akan bangunkan Pos Gob ini supaya ia dapat memberi faedah kepada masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi Orang Asli di Pos Gob di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Sapiah Mohd. Nor.

Mustapa berkata, kerajaan juga mengambil berat masalah yang dihadapi masyarakat Orang Asli khususnya untuk menangani kadar kemiskinan dalam kalangan mereka.

Katanya, kadar kemiskinan Orang Asli masih tinggi di negara ini dan kerajaan akan berusaha membantu agar dapat mewujudkan peluang kepada mereka untuk meningkatkan taraf ekonomi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI