LAFAYETTE BARAT, INDIANA – Sepasukan penyelidik dari Universiti Purdue menerima pengiktirafan Guinness World Records apabila menghasilkan cat paling putih di dunia, lapor agensi berita United Press International kelmarin.
Profesor kejuruteraan mekanikal di Fakulti Industri Lafayette Barat, Xiulin Ruan berkata, sasaran utama projek tersebut adalah untuk menghasilkan cat yang mampu memantulkan cahaya matahari dari bangunan dan mengurangkan penggunaan tenaga untuk melawan perubahan iklim.
Menurut Xiulin, cat tersebut yang menggabungkan zarah barium sulfat memantulkan 98.1 peratus sinaran suria, menjadikan permukaan yang dicat terasa lebih sejuk berbanding permukaan sekitarnya.
Tambahnya, proses membuat cat reflektif itu mempunyai kesan sampingan yang menjadikan cat menjadi putih.
Rekod bagi cat tersebut akan dimasukkan ke dalam buku Guinness Book of World Records edisi 2022. – AGENSI