PETALING JAYA – “Insya-Allah doakan yang baik-baik”.
Itu respons ringkas pelakon meningkat naik Yusuf Bahrin kepada Kosmo! Online mengulas dakwaan ramai kononnya akan bernikah dengan penyanyi popular, Zizi Kirana bulan depan.
Menurut Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 29, dia meminta semua mendoakan yang baik-baik sahaja dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara (nikah) tersebut.
Bagaimanapun usaha Kosmo! Online mendapatkan Zizi tidak berjaya selepas panggilan dan mesej menerusi WhatsApp tidak dijawab serta berbalas.
Terdahulu, menerusi satu sumber kepada sebuah portal berita medakwa mereka telah pun menghantar dan mengemukakn dokumen ke pejabat agama untuk urusan nikah kelak.
“Sekarang tengah tunggu tarikh sahaja. Mungkin bulan depan (nikah),” demikian kata sumber tersebut seperti yang dipetik portal berita terbabit.
Tambah sumber tersebut, Yusuf juga dikatakan telah menyusun jadual penggambarannya agar tidak bertembung dengan majlis yang dirancang tersebut.
Dalam pada itu, sebuah hantaran menggunakan bahasa Arab dalam InstaStory yang dimuat naik Zizi seakan-akan memberi bayangan dia kini berserah kepada ketentuan Allah.
“Tawakal kepada Allah,” tulisnya ringkas.
Sebelum ini kecoh apabila tular rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘sayang’ ketika mengadakan sesi siaran langsung (live) awal September lalu.
Gembira melihat keterujaan peminat dengan kemesraan mereka, Zizi atau nama lengkapnya Nur Fazelah Mad Tahil, 37, menjelaskan panggilan itu sekadar gurauan. – K! ONLINE