fbpx

Mourinho lantang kritik pemain sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROMA mencatat kemenangan besar 5-1 mengatasi CSKA Sofia pada aksi pertama Liga Europa di Stadium Olimpico awal pagi semalam. – AFP

ROM – Jurulatih AS Roma, Jose Mourinho masih belum berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya biarpun membelasahan CSKA Sofia 5-1 pada aksi Kumpulan C Liga Konferens Europa di Stadium Olimpico awal pagi semalam.

Roma ketinggalan 0-1 seawal minit ke-10 menerusi jaringan Graham Carey, namun bangkit menerusi dua gol Lorenzo Pellegrini serta masing-masing satu gol yang dijaringkan Stephan El Shaarawy, Gianluca Mancini dan Tammy Abraham.

Walaupun berjaya mengutip tiga mata, namun pengendali dari Portugal itu tetap kecewa dengan permainan yang ditampilkan apabila melabelkan aksi pemainnya tidak berkualiti.

“Kami gagal untuk bermain dengan baik. Memang kami sedang mencipta sebuah pasukan tetapi secara keseluruhan, saya tidak gembira dengan corak permainan yang ditampilkan hari ini (semalam).

“Pemain-pemain tidak tunjukkan kualiti sebenar yang mereka ada sedangkan sudah beberapa kali saya beritahu mereka supaya fokus tidak kira dalam perlawanan apa sekali pun,” kata bekas pengurus Manchester United itu.

Mourinho menyifatkan mereka tidak menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk menjaringkan lebih banyak gol pada perlawanan itu memandang­kan Roma memiliki penguasaan bola yang cukup baik berbanding pasukan lawan.

“Apa yang saya lihat, bek kiri dan kanan jarang-jarang untuk naik ke atas membantu sera­ngan. Selain itu, kami juga agak lemah dalam situasi perebutan bola dan ia buatkan saya tidak gembira,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI