fbpx

Lisa tukar nama, tilik nasib dengan ‘dukun’ Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA BLACKPINK

ANGGOTA kumpulan Blackpink, Lisa mendedahkan rahsia kejayaannya yang dicapai hingga saat ini disebabkan tuah menukar nama seperti dicadangkan seorang tukang tilik atau peramai nasib Siam.

Penyanyi K-pop berketurunan Thailand itu memberitahu, dia menukar namanya daripada Pranpriya Manobal kepada Lalisa atas nasihat peramal nasib ketika berusia 13 tahun.

Dia berbuat demikian sebelum menghadiri uji bakat yang diadakan YG Entertainment di Thailand ketika itu.

“Saya menghadiri uji bakat YG, tetapi mereka langsung tidak menghubungi saya selepas uji bakat,” katanya dalam wawancara bersama Billboard baru-baru ini.

Tambah Lisa, 24, dia dan ibunya kemudian bertemu tukang tilik yang menasihatkan supaya dia menukar nama.

“Peramal mengatakan saya harus menukar nama. Seminggu selepas saya menukar nama, YG menghubungi saya untuk diambil menjadi pelatih,” ujar Lisa.

Untuk rekod, Lisa merupakan satu-satunya peserta uji bakat yang terpilih daripada 4,000 pemohon dan dilatih selama lima tahun sebelum memulakan debutnya dengan tiga anggota Blackpink yang lain.

Lisa kini muncul dengan single solonya berjudul Lalisa yang dilancarkan pada minggu lalu, sekali gus mencipta rekod dunia apabila menjadi muzik video paling tinggi ditonton dalam masa singkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI