RICHMOND, Kentucky – Seorang lelaki yang ditahan kerana melepaskan tembakan dari tingkap bilik hotel yang didiaminya mendakwa dia berbuat begitu kerana mahu menembak makhluk asing, lapor akhbar Daily Star semalam.
Samuel Riddle, 55, menembak ke arah tempat meletak kenderaan dan sebuah bilik berhampiran di hotel tersebut, tengah hari semalam (waktu tempatan).
Dia yang sebelum ini pernah ditahan atas beberapa kesalahan jenayah lain didakwa atas empat tuduhan iaitu membahayakan pegawai polis, beberapa tuduhan salah laku jenayah serta memiliki pistol dan senjata api.
Polis tempatan dalam satu kenyataan akhbar berkata, Riddle memberitahu bahawa dia terlihat makhluk asing di tempat meletak kenderaan lantas menembak makhluk tersebut.
“Detektif mendapati Riddle merupakan bekas seorang penjenayah yang pernah disabitkan kesalahan serta memiliki dua pucuk pistol tangan dan satu senapang separa automatik.
“Tiada kecederaan dilaporkan akibat insiden itu. Polis kemudiannya menemui beberapa butir peluru pada beberapa buah kenderaan di tempat meletak kenderaan dan salah satunya memasuki sebuah kawasan berdekatan,” demikian menurut kenyataan akhbar tersebut. – Agensi