fbpx

Lebih 90,000 Orang Asli sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (kiri) menyantuni Orang Asli yang menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pos Gob, Gua Musang hari ini. - FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih 90,000 masyarakat Orang Asli di seluruh negara telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, jumlah itu dianggarkan sebanyak 60 peratus daripada jumlah keseluruhan Orang Asli di negara ini iaitu 144,180 yang sepatutnya menerima suntikan vaksin.

Katanya, pihak kementerian dan Jabatan Kemajuan Orang Asli turut berganding bahu dengan Kementerian Kesihatan, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) termasuk Jabatan Bomba  dan Penyelamat dengan mengambil langkah proaktif dengan membawa bekalan vaksin ke kampung Orang Asli yang terletak jauh di pedalaman.

“Saya percaya bahawa Program Outreach Vaksinasi masyarakat Orang Asli menggunakan helikopter boleh mengatasi cabaran akses dari segi logistik untuk mereka ke pusat-pusat vaksinasi yang disediakan oleh kerajaan di bandar.

“Penggunaan secara optimum aset kerajaan seperti helikopter dan bot ke kawasan pedalaman mampu meningkatkan kadar vaksinasi keseluruhan masyarakat seperti yang dirancang oleh kerajaan menjelang Oktober ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi Orang Asli di Pos Gob di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Sapiah Mohd. Nor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI