fbpx

Klopp sudah sedia turunkan Konate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONATE (dua dari kanan) masih belum membuat sebarang penampilan bersama Liverpool dalam saingan musim baharu, namun Klopp sudah bersedia memberikannya peluang. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan sudah bersedia untuk menurunkan pemain baharunya, Ibrahima Konate yang dibeli dari RB Leipzing dalam aksi selepas ini.

Sejak musim bermula, Konate masih belum diturunkan apabila Klopp memilih untuk menurunkan Joe Gomez yang kembali selepas hampir
setahun berehat akibat kece­deraan ketika mereka menentang AC Milan kelmarin yang menyaksikan Virgil Van Dijk direhatkan.

Laporan sebuah akhbar di England mengesahkan bahawa Konate mungkin akan turun menyertai kesebelasan utama Liverpool yang akan berdepan Crystal Palace malam ini atau aksi menentang Norwich City pada aksi Piala Liga England pada pertengahan minggu.

Liverpool berdepan krisis di bahagian pertahanan musim lalu apabila Van Dijk dan Gomez mengalami kecederaan serius menyebabkan Klopp enggan lagi mempertaruhkan nasib pasukan dan membuat keputusan mendapatkan pemain pertahanan pada jendela perpindahan musim panas kali ini.

“Saya sangat lega kerana kami berjaya mendapatkan pemain pertahanan berkualiti seperti Ibrahima dan dia adalah pemain yang saya inginkan sejak sekian lama. Saya mula mengesan bakatnya ketika dia beraksi bersama Sochaux lagi.

“Selepas kami berdepan masalah musim lalu, sudah jelas bahawa kami perlu menguatkan bahagian pertahanan.

“Mendapatkan Ibrahima bermakna kami menambah kualiti yang sudah ada. Kekuatan fizikalnya memberikan ke­lebihan selain dia sangat pantas dan dominan dalam perebutan bola di udara.

“Dia menyertai kami selepas beraksi hampir 90 minit dalam setiap aksi bersama Leipzig di Bundesliga dan pentas Eropah. Saya pasti dia akan mendapat lebih banyak peluang bersama Liverpool nanti,” jelas Klopp.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI