PETALING JAYA – Seorang doktor yang keletihan dan ingin pulang ke rumah setelah selesai ‘shift’ malam terpaksa menahan marah apabila keretanya di tempat letak kereta dihalang oleh kenderaan lain semalam.
Rakaman kejadian itu dimuat naik oleh pengendali laman Twitter, @Abangridhwan, yang mana ia memaparkan seorang doktor wanita cuba menolak kereta yang menghalang kenderaannya namun tidak berdaya.
“Setiap doktor di Malaysia akan melalui saat ini, boleh buat gaduh. Penat ‘oncall’ esok pagi kereta kena double park,” tulis pengendali akaun Twitter tersebut menerusi ruangan kapsyen video berkenaan semalam.
Difahamkan, pemilik kereta tersebut tidak meninggalkan nombor telefonnya, menyebabkan doktor berkenaan tidak dapat menghubunginya.
Susulan daripada perkongsian tersebut, orang ramai terutamanya kakitangan hospital turut menceritakan pengalaman mereka berhadapan dengan ‘double park’ sehingga mengalami ‘mental breakdown’.
“Pernah balik kerja pakai kasut tumit tinggi, memang tak mampu nak tolak kereta,” jelas @Naurahnorzan.
“Teringat mengandungkan anak pertama, hujan. Tak ada orang nak tolong, duduk dalam kereta menangis,” kata @Frauleinleen.
“Ini tak tengok lagi yang tahap punya ‘breakdown’, cermin kereta orang yang ‘double park’ itu kena pecah,” ujar @Arifyaakob.
Rata-rata komen juga menyifatkan individu yang membuat ‘double park’ tanpa meninggalkan nombor telefon adalah seorang yang tidak bertanggungjawab serta menyusahkan orang lain. – K! ONLINE