fbpx

Cari kakak setelah 44 tahun terpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraidah menunjukkan gambar Faridah bersama suaminya pada 1993 yang dirakam semula dalam telefon bimbitnya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Permai, Seri Manjung.

LUMUT – “Kali terakhir berjumpa kakak Faridah pada tahun 1977 ketika hari raya Aidilfitri di rumah keluarga kami di Felda Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan.

“Masa itu saya berusia 16 tahun dan sejak itu tidak pernah berjumpanya lagi,” kata Noraidah Othman, 61, yang merindui untuk berjumpa semula kakaknya itu.

Noraidah berkata, Faridah adalah anak kepada isteri pertama ayahnya, Othman Alang semasa tinggal di Singapura pada tahun 1950an.

Menerusi perkahwinan itu, Othman memperolehi dua anak termasuk Faridah tetapi seorang daripadanya meninggal dunia sebelum bercerai beberapa tahun kemudian.

Gambar Faridah bersama suaminya semasa hari perkahwinan mereka di Singapura pada 1993.

Faridah pula diserahkan kepada keluarga angkat di Singapura yang dikenali dengan nama Kassim dan isterinya, Sharifah.

Othman kemudian berkahwin dengan Nona Said pada 1959 dan hasil perkahwinan itu memperolehi enam anak termasuk Noraidah sebagai anak sulung dan menetap di Felda Pasir Besar pada 1970.

Noraidah pula berpindah ke Manjung mengikut suaminya selepas berkahwin pada tahun 1980 dan kini menetap di Taman Desa Permai, Seri Manjung di sini.

“Kami terputus hubungan selepas arwah bapa dan ibu tinggal bersama saya di Manjung pada 2003.

“Perhubungan kami sebelum ini hanya menggunakan telefon rumah di felda yang kini sudah tidak digunakan lagi,” ujarnya.

Alamat terakhir Faridah adalah di Bukit Timah, Singapura dan adiknya pernah cuba mengesan tetapi gagal.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang mengetahui di mana Faridah berada atau ahli keluarga kakaknya itu supaya menghubungi suaminya, Mohd. Yusop Osman di talian 011-35572728. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI