fbpx

Bekas majikan bayar gaji guna duit syiling 5 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Karung berisi syiling yang juga duit gaji terakhir seorang pekerja bar yang dibayar oleh bekas majikannya. - Twitter

DUBLIN, Ireland – Seorang pekerja sebuah bar di Dublin tergamam apabila bekas majikannya sengaja membayar gaji terakhirnya menggunakan duit syiling, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Lelaki tersebut, Rian Keogh disuruh mengambil gaji terakhirnya selepas pengurus Alfie Bar mahu membayarnya secara tunai.

Namun begitu, Keogh tidak menyangka bahawa bayaran tunai itu dibuat menggunakan duit syiling dalam sebuah karung seberat 30 kilogram (kg).

“Jika ada yang mahu tahu pengalaman saya sepanjang bekerja di Alfie Bar, ini adalah salah satunya apabila dibayar menggunakan wang syiling dalam karung.

“Semua wang syiling ini bernilai 5 sen, jadi bayangkan berapa banyak yang perlu saya tukarkan menjadi wang kertas,” tulisnya di laman Twitter.

Hantarannya itu menerima pelbagai reaksi orang ramai yang menyuruh Keogh melaporkan perbuatan tersebut kepada jabatan buruh.

“Ini adalah satu bentuk pembulian, anda perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Apakah yang anda lakukan sehingga diperlakukan sebegini? Ia sangat teruk,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI