fbpx

Amaran ribut petir di tiga negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Tiga negeri berdepan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 9 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, tiga negeri terlibat itu meliputi Perak, Selangor dan Sarawak.

“Di Perak, amaran ribut petir dikeluarkan di kawasan Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Selangor pula kawasan terlibat antaranya Sabak Bernam serta Kuala Selangor.

“Bagi negeri Sarawak, kawasan dilaporkan berdepan amaran itu meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei,” katanya tadi.

Orang ramai diminta untuk terus berhati-hati dengan amaran itu selain kekal bersedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk kejadian banjir. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI