fbpx

4 anggota polis ditukar tugas, dikenakan tatatertib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi

SEPANG – Empat anggota polis yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Klang pada 11 September lepas telah ditukar tugas sementara menunggu laporan penuh kesalahan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata, kesemua anggota terbabit itu secara automatik telah ditukarkan tugas selain dikenakan tindakan tatatertib.

“Tindakan lain yang turut dikenakan adalah seperti kesalahan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) dan kompaun.

“Bagi kesalahan penyalahgunaan dadah itu, kita akan ambil tindakan selepas kita menerima keputusan laporan daripada pakar,” katanya mengulas mengenai penahanan empat anggota polis yang bertugas di Selangor dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Klang.

Ujian awal saringan air kencing mendapati seramai 19 individu positif dadah termasuk empat anggota terbabit.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Arjunaidi berkata, polis menafikan dakwaan isteri kepada seorang tahanan yang meninggal dunia di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, T. Vinaiyagar, 49, pada Isnin lepas bahawa terdapat kesan bengkak pada badan suaminya tersebut.

“Dakwaan itu tidak betul sebab kita dah tengok semua itu dan apa pun pakar akan buat laporannya.

“Polis juga telah buka kertas siasatan. Bila berlaku sesuatu perkara, siasatan terus dijalankan seperti mana Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal telah jelaskan. Itulah tumpuan siasatan kita,” katanya.

Arjunaidi berkata, anggota lokap yang bertugas semasa kejadian tahanan tersebut meninggal dalam lokap juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI