fbpx

386 Orang Asli mohon jadi polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada calon Orang Asli yang mengikuti sesi pemilihan untuk menjadi Konstabel polis di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh baru-baru ini.

IPOH – Seramai 386 remaja Orang Asli di negeri ini terpilih mengikuti pemilihan sebagai konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) Orang Asli dan Senoi Praaq di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri Perak/Kedah dalam satu kenyataan memberitahu, proses pemilihan tersebut diadakan selama tiga hari iaitu Isnin hingga Rabu lalu.

Menurut kenyataan itu, pemilihan membabitkan peserta lelaki dan perempuan berusia antara 18 hingga 28 tahun yang melalui tiga sesi iaitu ujian fizikal, peperiksaan berkomputer (SPiER) dan temu duga lisan.

“Seramai 162 calon lelaki menjalani sesi pemilihan fizikal sebagai Konstabel pada Isnin manakala calon wanita seramai 186 pada Selasa.

“Penyertaan kali ini begitu menggalakkan sekali gus menunjukkan minat mereka yang tinggi untuk menyertai pasukan keselamatan,” ujar kenyataan tersebut.

Selepas dua hari ujian fizikal dilakukan hanya 63 peserta yang layak untuk sesi seterusnya ujian integriti SPiER pada Rabu.

Hanya 47 calon yang melepasi ujian tersebut seterusnya terpilih menghadiri ujian temu duga pada Selasa dan Rabu depan untuk kedua-dua pengambilan Konstabel lelaki dan wanita.

Turut hadir pada sesi ujian SPiER ialah Pengarah JAKOA Negeri Perak/Kedah, Harulnizam Abd Rahman. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI