PUTRAJAYA – Sebanyak 15,549 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 2,082,876 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan sebanyak 2,929 kes, diikuti oleh Johor sebanyak 2,208 kes dan Selangor sebanyak 1,995 kes.
“Kedah (1,073 kes), Sabah (1,395 kes), Pulau Pinang (1,375 kes), Kelantan (1,214 kes), Perak (1,120 kes), Terengganu (755 kes), Pahang (634 kes), Melaka (263 kes) dan Negeri Sembilan (131 kes).
“Perlis (33 kes), Putrajaya (31 kes) dan Labuan (11 kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini. -K!ONLINE