fbpx

Tiga kementerian termasuk MOF kaji stabilkan harga ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melibatkan Kementerian Kewangan (MOF) dalam mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan kerajaan sebagai langkah proaktif menstabilkan harga ayam untuk jangka masa panjang.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, untuk tujuan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan MOF selain Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi mencari satu penyelesaian jangka panjang munasabah terhadap isu harga ayam.

Beliau berkata, buat masa ini, KPDNHEP secara berterusan mengadakan sesi perbincangan bersama MAFI dalam memastikan isu kos tinggi makanan ternakan seperti dedak import, harga baka dan anak ayam yang mempengaruhi harga ayam di peringkat pengguna dapat diminimum serta diurus dengan baik.

“KPDNHEP prihatin dan mengambil maklum akan permasalahan harga makanan ayam yang tinggi yang turut menjadi faktor kepada kenaikan harga ayam di pasaran.

“Lebih kurang 80 peratus makanan ayam adalah diimport dan kenaikan harga di peringkat global turut mempengaruhi isu harga ayam di pasaran negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI