fbpx

Sindiket tawar pakej pelancongan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azelan menunjukkan tangkap layar Facebook yang dipercayai menjalankan sindiket penipuan pakej pelancongan ke Pulau Langkawi.

KANGAR – Baru dua hari projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi bermula, sindiket penipuan pakej pelancongan mula mengambil kesempatan dengan memperdaya pelancong.

Sindiket yang bergerak aktif di sosial media seperti Facebook tersebut menawarkan pakej-pakej pada harga murah dan tidak munasabah.

Pemilik agensi pelancongan, Sea Splash Travel Sdn. Bhd., Azelan Azeman berkata, antara pakej yang ditawarkan sindiket adalah pakej bilik, kereta sewa, naik bot ke pulau dan menaiki ‘banana boat’ pada harga RM280 untuk empat orang selama tiga hari dua malam.

Katanya, mereka pada mulanya akan meminta wang deposit RM50 daripada pelanggan dan kemudian meminta bayaran penuh kononnya arahan hotel.

Menurutnya, ada pelanggannya dari Perak yang terpedaya dengan pakej berkenaan dan akhirnya menyedari pakej tersebut tidak wujud.

“Bila mereka guna nama-nama hotel ini, saya terus menghubungi pemilik hotel tersebut sebab sebagai agensi pelancongan kami memang saling mengenali sebelum mendapti pakej itu sebenarnya tidak wujud,” katanya di sini hari ini.

Malah, katanya, pihaknya sendiri juga menyamar kononnya mahu mengambil pakej ditawarkan individu berkenaan.

“Bila kami beritahu yang kami tahu penipuan mereka, mereka ugut untuk hantar santau kepada kami,” ujarnya.

Azelan yang sudah 16 tahun dalam industri pelancongan ini berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap kes-kes penipuan seperti ini kerana bimbang sudah ramai pelancong yang terkena. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI