fbpx

Salah pilihan terbaik aksi minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA lima pemain yang dijangka mampu menyinar pada aksi minggu kelima saingan Liga Perdana Inggeris minggu ini.

Oleh IRFAN BURHANUDDIN

KEHEBATAN penyerang Liverpool, Mohamed Salah meledak gol peribadi ke-100 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dilakukannya ketika menentang Leeds minggu lalu adalah satu pencapaian yang sangat menakjubkan.

Apa tidaknya, Salah adalah pemain kelima terpantas dalam sejarah EPL mengumpul 100 koleksi jaringan dalam 162 perlawanan, di belakang legenda England, Alan Shearer, Harry Kane, Sergio Aguero dan Thierry Henry.

Selain kelibat Salah, pertemuan antara Tottenham Hotspur menentang Chelsea sebagai salah satu perlawanan tumpuan bagi saingan minggu kelima ini.

Kosmo! berkongsi tips pasukan Fantasy Premier League (FPL) untuk memilih barisan terbaik sebelum aksi pertama antara Newcastle United dan Leeds United awal pagi esok.

 

PENJAGA GOL
ALISSON diramal mampu mengekalkan clean sheet buat kali ketiga berturut-turut apabila menentang Crystal Palace malam esok. Keyakinan itu berdasarkan kehadiran semula bek tengah berpengaruh Liverpool, Virgil van Dijk.

PERTAHANAN
TRENT Alexander-Arnold terus menjadi pilihan selepas dia muncul satu-satunya pemain yang sering memberikan banyak pungutan mata kepada pasukan FPL. Aymeric Laporte dan Fernando Marcal antara nama yang boleh diharapkan minggu ini.

TENGAH
ADAMA Traore mampu memberi impak besar dengan larian pantasnya untuk menghadirkan ancaman berbahaya kepada Brentford. Anda juga harus mempunyai Demarai Gray dalam pasukan berdasarkan prestasi cemerlangnya selama tiga minggu.

PENYERANG
ROMELU Lukaku boleh meneruskan rekod jaringannya apabila menentang benteng pertahanan Tottenham Hotspur yang tidak meyakinkan susulan kekalahan minggu lalu. Dia turut meledak gol ketika Chelsea menewaskan Zenit dalam aksi Liga Juara-Juara kelmarin.

KAPTEN
MOHAMED Salah sudah membuktikan konsistensinya apabila berjaya meledak 100 gol peribadi dalam kancah EPL. Lantaran itu, tidak mustahil Salah mampu menggegar gawang sekali lagi apabila menentang Crystal Palace.

FORMASI: 3-4-3
Nilai: £99.2

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI