fbpx

‘Rasa tak cukup, cari duit sendiri’ – Wawa Zainal tak manjakan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAWA memberi keizinan kepada anak keduanya, Hayla untuk mencari duit sendiri dengan menyertai bidang lakonan.

PETALING JAYA – Memberi lampu hijau buat anak keduanya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa Suhairil untuk menceburi bidang lakonan, pelakon Wawa Zainal menegaskan dia tidak pernah memanjakan anak-anaknya dengan wang ringgit.

Kata Wawa atau nama lengkapnya, Nur Hawa Zainal Abidin, kalau mana-mana anaknya inginkan duit lebih, mereka perlu bekerja keras sendiri.

“Kami (dia dan Aeril) tak pernah manjakan anak. Kalau mereka nak sesuatu nak beli itu ini, kami tak pernah biasakan apatah lagi menjanjikan, senang-senang dapat segala-galanya. Kalau dia nak, dalam sebulan, saya akan bagi peruntukan RM100.

“Kalau dia rasa tak cukup, saya cakap cari duit sendiri. Hayla pun terfikir nak berlakon sebab neneknya selalu bergurau cakap pergilah berlakon nanti bagi nenek duit sikit, bergurau macam itu. Dia dah terbiasa dengan potongan ayat itu, jadi saya dan suami pun benarkan hasratnya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bagaimanapun, kata Wawa, 30, penglibatan anaknya dalam sebuah projek lakonan masih belum muktamad dan bakatnya perlu diasah terlebih dahulu.

“Projek lakonan yang dia mungkin terlibat masih belum muktamad. Saya tak nak menyusahkan kru dan pelakon-pelakon lain di set penggambaran.

“Kalau bakatnya boleh diasah, mengapa tidak. Sebulan sebelum penggambaran, saya akan panggil ‘acting coach’. Kalau lepas itu dia okey, silakan. Kalau rasa tak boleh, kita tarik diri,” ujarnya.

Terdahulu, Wawa menerusi Instagram mendedahkan, Hayla, 6, akan terlibat dalam satu projek drama bergandingan dengan pelakon-pelakon gred A seperti Syukri Yahaya, Nabila Huda, Amerul Affendi dan Adlin Aman Ramli.

Wawa turut menjelaskan kesungguhan Hayla yang sanggup bersengkang mata meneruskan sesi penggambaran dari pagi sehingga malam, semata-mata mahu mengumpul duit poket sendiri bagi membeli aksesori Toca Boca.

Wawa yang kini hamil tujuh bulan mendirikan rumah tangga bersama Aeril pada 2013.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI