fbpx

Rasa bebas dapat terbang ke Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada penumpang penerbangan pertama Asia Asia ke Langkawi sebelum berlepas dari LTSAS Ipoh petang tadi.

IPOH – Setelah lama berkurung, peluang terbang ke Langkawi umpama satu kebebasan apatah lagi dapat menghabiskan masa cuti bersama-sama keluarga.

Demikian luah Nurfadhilah Muhammad, 34, dari Manjung yang merupakan antara penumpang pesawat Airbus A320 Air Asia ke Langkawi dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini hari ini.

Dia menempah tiket penerbangan sejak lima hari lalu untuk bercuti sambil berehat bersama suami dan tiga anaknya ke pulau peranginan itu.

“Kami sangat teruja, inilah masa untuk kami bercuti bersama keluarga setelah sekian lama terkurung akibat pandemik Covid-19.

“Bagaimana pun, kami sentiasa memastikan pematuhan diikuti demi menjaga keselamatan keluarga dan orang lain,” ujarnya.

Pasangan suami isteri, Norsyamira Buyamin, 32, dan Johan Nasser, 48, dari Kampar juga mengambil peluang bercuti ke Langkawi selepas kali terakhir berkunjung ke situ lapan tahun lalu.

“Sementara kerajaan berikan peluang untuk bercuti ini, eloklah kita manfaatkan, paling penting kita kena amalkan penjagaan diri dan SOP yang ketat,” katanya.

Penerbangan pertama ke Langkawi dari Ipoh ini membawa 164 penumpang termasuk 23 kanak-kanak berlepas pada pukul 1.40 petang dan tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.30 petang.

Air Asia menyediakan penerbangan dua hala Ipoh – Langkawi sebanyak tiga kali seminggu susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung ke Pulau Mahsuri. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI