fbpx

Pusat sukan, gimnasium dibuka di negeri Fasa 2 PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Pusat sukan dan riadah kini dibuka bagi individu lengkap dua dos vaksin di negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melalui Twitternya tadi.

“Gim (gimnasium) kini dibuka. Sila ikuti SOP (prosedur operasi standard), terutamanya garis panduan pengudaraan. Nikmati hidup sihat!,” ciapnya.

Ahmad Faizal turut berkongsi SOP terbaharu berkenaan kemudahan tersebut yang telah dikemaskini di bawah kategori aktiviti sukan dan riadah.

Sementara itu, dalam hantaran berbeza Ahmad Faizal turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Menteri Kesihatan dan Menteri Kanan Keselamatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI