fbpx

Pekerja asing ada kesedaran divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja warga asing hadir secara ‘walk-in’ di PPV Dewan Millenium di Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – Rata-rata warga asing terutamanya yang bekerja di negeri ini dilihat mempunyai kesedaran tinggi untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Tinjauan Kosmo! di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Millenium, Kepala Batas di mendapati sambutan yang diterima dalam kalangan mereka agak baik selepas pemberian vaksin secara ‘walk-in’ mula dibuka untuk mereka di Pulau Pinang bermula hari ini.

Bagi warga Indonesia, Kristofina Kandi, 36, dia datang ke PPV itu atas kehendak sendiri dengan ditemani oleh seorang rakannya.

“Saya bekerja dalam sektor pembersihan. Risikonya tinggi, jadi perlu ambil vaksin.

“Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memudahkan urusan kami (untuk mendapatkan vaksin) di negara ini,” kata ibu kepada tiga orang anak itu yang telah menetap di negeri ini sejak empat tahun lalu.

Selain di PPV berkenaan, pemberian vaksin secara ‘walk-in’ untuk warga asing di negeri ini turut dibuat di tiga lokasi lain iaitu Pusat Konvensyen SPICE, Bayan Lepas; SP Arena, Seberang Jaya dan Dewan Serbaguna Sungai Bakap, Nibong Tebal.

Sementara itu, seorang pekerja sebuah bengkel di Butterworth warga Myanmar, Zaw Win, 31, memberitahu, dia pada mulanya agak takut untuk mendapatkan vaksin tersebut.

Bagi Chooi Fock Kuan, 52, yang juga majikan kepada Zaw Win, dia terpanggil untuk membawa pekerjanya mendapatkan vaksin atas dasar tanggungjawab terhadap kebajikan mereka. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI