fbpx

Nelayan tangkap buaya 500 kg di laut Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buaya sepanjang 3.7 meter ditangkap di perairan Pantai Bersih di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Sekumpulan nelayan berjaya menangkap seekor buaya seberat kira-kira 500 kilogram (kg) di perairan Pantai Bersih sebelum membawa ke Jeti Bagan Ajam di Butterworth di sini hari ini.

Buaya sepanjang kira-kira 3.7 meter itu ditangkap kira-kira pukul 6.45 petang selepas ia dilihat timbul di permukaan air laut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, nelayan yang melihat kehadiran reptilia itu mengambil masa kurang sejam untuk menangkapnya menggunakan pukat.

“Ketika polis tiba, buaya itu telah berjaya dinaikkan ke pantai oleh orang awam ke kawasan berhampiran deretan kedai makan Kampung Contoh.

“Buaya yang dianggarkan seberat kira-kira 500 kg itu telah dipindahkan ke Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah SPU,” katanya kepada pemberita hari ini.

Turut membantu mengangkat haiwan itu adalah pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth.

Difahamkan sang bedal terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tindakan lanjut.

Kosmo! Online pada Ahad lalu melaporkan seekor buaya bersaiz sederhana dikesan oleh pemancing sedang berjemur di atas batu di Pulau Jerejak dekat sini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI