fbpx

Lisa leburkan rekod PSY

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA Blackpink kini meraih kejayaan luar biasa menerusi single solo berjudul Lalisa.

PENANTIAN peminat kumpulan Blackpink untuk menunggu lagu solo Lisa akhirnya terbalas apabila video muzik (MV) Lalisa yang dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu.

Istimewanya mengenai lagu yang diambil bersempena dengan nama sebenarnya Lalisa Manoban, sehingga Lalisa telah mencatat beberapa rekod bagi industri muzik Korea Selatan dan dunia.

Agensi Lisa, YG Entertainment menerusi sebuah kenyataan mengumumkan lagu solo Lisa telah mencapai 100 juta tontonan menerusi laman YouTube hanya selepas dua hari diluncurkan.

Pencapaian tersebut turut meleburkan rekod yang dipegang MV penyanyi PSY sebelum ini, Gentleman yang mendapat 100 juta tontonan dalam masa empat hari.

Tidak setakat itu, Lalisa juga dikatakan telah memecah rekod dipegang oleh penyanyi Taylor Swift menerusi lagu duet bersama Brendon Urie, Me! sebagai MV penyanyi solo paling banyak ditonton dalam masa 24 jam di laman YouTube.

Terdahulu pada 2019, Taylor memegang rekod berkenaan dengan jumlah 65.2 juta tontonan.

Biarpun pihak YouTube masih belum membuat sebarang pengumuman, namun berdasarkan laporan media antarabangsa Lisa berjaya mencapai lebih 70 juta tontonan dalam masa 24 jam bagi single Lalisa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI