fbpx

Lelaki warga Bangladesh dikehendaki JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASAN MEHEDI

PUTRAJAYA – Seorang lelaki warga Bangladesh dikehendaki Jabatan Imigresen (JIM) berhubung satu kes pendakwaan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Lelaki berkenaan dikenali Hasan Mehedi dengan nombor pasport BQ0652615 berumur 25 tahun dan alamat terakhir di Blok E5-0-9,Flat Sri Cempaka, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

JIM dalam satu kenyataan berkata, lelaki berkenaan dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas PATI Semenyih, Selangor di bawah seksyen terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Arif Azanor Tompang @ Abd. Razak, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya di talian 03-88801338 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat, “katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI