fbpx

Lelaki tidur 30 minit sehari selama 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hori membuktikan rutin tidurnya itu menerusi satu program televisyen yang disiarkan di Jepun. – Oddity Central

TOKYO – Seorang lelaki di Jepun mendakwa berjaya melatih dirinya untuk tidur hanya 30 minit sehari sejak 12 tahun lalu bagi memastikan dia mempunyai masa yang lebih untuk menikmati kehidupannya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Daisuke Hori, 36, mendakwa berjaya mengurangkan waktu tidurnya dari lapan jam kepada 30 minit tanpa mengalami sebarang kesan sampingan yang dikaitkan dengan masalah kurang  tidur.

Hori yang muncul dalam program televisyen tempatan berkata, dia sering berasakan bahawa 16 jam waktu berjaga dalam masa sehari adalah tidak mencukupi buatnya untuk melakukan pelbagai urusan.

Tambahnya, pada suatu ketika, dia mula membuat kajian dan melakukan eksperimen untuk mengurangkan rutin tidurnya. Selama beberapa tahun, dia akhirnya berjaya tidur dalam masa hanya 30 minit.

Penerbit rancangan tersebut meminta Hori membuktikan rutinnya itu dengan menugaskan seorang kru program untuk mengekori lelaki tersebut dan memantau jadual hariannya.

Pada hari pertama, Hori bangun pada pukul 8 pagi, dan diikuti dengan aktiviti bersenam di gimnasium, membaca buku, menulis beberapa artikel, bermain permainan video dan keluar bersama rakan-rakannya.

Selepas makan malam, dia menghasilkan beberapa klip video untuk saluran YouTube miliknya serta melakukan kerja rumah dan bersembang secara online.

Pada pukul 2 pagi, Hori mulai tidur dan bangun selepas 26 minit kemudian tanpa memerlukan jam penggera sebelum kembali bersenam di gimnasium dan pulang ke rumah.

Pendedahan gaya hidup lelaki itu membuatkan ramai penonton berasa sukar untuk mempercayainya.

Hori bagaimanapun mengakui bahawa dia turut berasa mengantuk, namun sentiasa memastikan agar dia minum minuman mengandungi kafein bagi mengelakkannya daripada tertidur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI