fbpx

Lebih 150 dos vaksin CanSino disuntik dalam sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masyarakat Orang Asli menyerbu PPV Pos Balar, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli menyerbu pusat pemberian vaksin (PPV) yang memberikan vaksin dos tunggal iaitu CanSino di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Pos Balar di sini hari ini.

Ketua Pasukan Outreach Vaksinasi Pos Balar, Dr. Saufi Irzat Che Yusoff berkata, pihaknya tidak menyangka penduduk kampung itu memberi sambutan yang menggalakkan kerana hanya 80 orang penduduk yang mendaftar dan bersetuju divaksin pada awalnya.

Katanya, pertambahan penerima vaksin dalam kalangan Orang Asli meningkat sehingga melebihi 150 orang dalam masa sejam pemberian vaksin dijalankan di sekolah berkenaan.

“Pada peringkat awal program itu, ramai penduduk Orang Asli yang menolak termasuk ada antara mereka melarikan diri ke dalam hutan.

“Selepas diberi penerangan oleh pelbagai termasuk tok batin, mereka bersetuju dan datang secara beramai-ramai. Sebagai petugas, kami merasa amat berbaloi kerana dapat memberi khidmat kepada Orang Asli pedalaman kerana terpaksa menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita di SK Balar hari ini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI