fbpx

Kejutan hari jadi suami, Anzalna kini bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANZALNA kini bertudung. Lebih manis keputusan itu dilakukan sebagai kejutan pada hari ulang tahun kelahiran suaminya, semalam.

PETALING JAYA – “Semoga terus istiqomah. Selamat hari ulang tahun Hanif Zaki.”

Demikian ucapan ringkas pelakon jelita, Anzalna Nasir atau nama lengkapnya, Nur Anzalna Md. Nasir yang bukan hanya membuat kejutan buat suami bahkan para peminat apabila mengesahkan drinya sudah bertudung.

Anzalna, 33, menulis kapsyen pada video dimuat naik dalam Instagram miliknya yang menyaksikan dia memberi kejutan tersebut bersempena hari ulang tahun suaminya, Muhamad Hanif Muhamad Zaki yang ke-33 (16 September) sebentar tadi.

“Insya-Allah, sama-sama kita berdoa. Amin Ya Robbalalamin,” tulis Zaki dalam ruangan komen entri yang dimuat naik Anzalna.

Kejutan dan perubahan positif Anzalna itu disambut baik dan menjemput respons positif orang ramai termasuk rakan-rakan selebriti.

“Akan jadi satu perjalanan yang indah buat anda si cantik. Syukur alhamdulillah,” tulis Sherry Ibrahim.

Turut meninggalkan kata-kata semangat buat ibu kepada seorang cahaya mata itu dalam ruangan komen termasuk artis lain seperti Mira Filzah, Sherry Al-Hadad, Elvina Mohamad, Fasha Sandha dan ramai lagi.

Terdahulu, Anzalna turut memuat naik sekeping gambarnya lengkap berhijab dengan kapsyen bertulis: “Salam Jumaat.”

Tahun ini sahaja, dunia hiburan tanah air diserikan dengan banyak kejutan perubahan mendadak ramai selebriti wanita tanah air yang mula bertudung. Antaranya, Izara Aishah, Mawar Rashid, Siti Elizad, Nana Mahazan dan Vicha Saywho.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif yang merupakan seorang usahawan pada 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidress yang kini berusia dua tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI