fbpx

Destinasi pelancongan Terengganu dipantau 600 anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaimi (kiri) memantau salah sebuah resort di Pulau Redang, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetatkan pemantauan di destinasi pelancongan Terengganu berikutan jangkaan peningkatan pengunjung ekoran peralihan negeri itu ke Fasa 3 Pelan Peralihan Negara (PPN) mulai hari ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, seramai 600 anggota polis akan ditugaskan untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di lokasi tumpuan pelancong terbabit.

“Tumpuan akan diberikan kepada rangkaian pulau peranginan, pantai dan hutan lipur di seluruh negeri ini.

“Bilangan anggota polis dalam pasukan pematuhan dan pemantauan itu akan dipertingkatkan dalam masa terdekat bagi menampung kehadiran ramai pelancong,” katanya di Pulau Redang di sini hari ini.

Terdahulu beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman menyampaikan taklimat kepada pengusaha-pengusaha pelancongan di pulau peranginan terkenal itu.

Dalam pada itu, Rohaimi memberitahu, pelancong yang mahu memasuki Pulau Lang Tengah, Setiu perlu menjalani ujian saringan Covid-19.

Beliau berkata, ia berikutan permintaan pengusaha resort di Pulau Lang Tengah namun peraturan itu tidak diwajibkan di pulau-pulau peranginan lain seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI