fbpx

Bayaran GKP 4.0 mulai 21 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bayaran bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan bermula pada 21 September 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.

“Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 (RM500). Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0 dengan implikasi kewangan RM500 juta.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021 melalui Portal GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail Sabri berkata, secara keseluruhan jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 juta PKS mikro di bawah GKP sejak pandemik Covid-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.

Katanya, beliau berharap bantuan itu dapat menggerak dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia.

Menurut beliau, kerajaan memberi keutamaan kepada pemain industri itu kerana mereka merupakan
antara sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik Covid-19..

“Semoga dengan bantuan ini peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI