fbpx

Anak maut digilis depan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penuntut UTHM maut setelah digilis oleh kenderaan lain di Alor Gajah hari ini.

ALOR GAJAH – Pilu hati seorang bapa apabila menyaksikan sendiri anak lelakinya maut digilis sebuah lori semasa belajar menunggang motosikal di Jalan Hutan Percha di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, mangsa, Taufik Hidayat Mohd. Rasul, 20, yang juga merupakan penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pagoh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dan bapanya yang menunggang motosikal berasingan dari arah Hutan Percha menghala ke rumah mereka di Melaka Perdana.

“Setiba di lokasi, motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori menyebabkan dia terjatuh dan digilis kenderaan berat tersebut.

“Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil soal siasat, bapa mangsa mendakwa anaknya baru mendapat lesen memandu pada 25 Ogos lalu dan kejadian berlaku ketika dia sedang memantau si mati menunggang motosikal.

“Ketika kejadian bapanya terlebih dahulu memotong lori tersebut dan memantau anaknya menerusi cermin motosikalnya.

“Dia sempat melihat motosikal mangsa bergesel dengan lori sebelum terjatuh dan digilis,” katanya yang memberitahu mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI