fbpx

346 kes kematian,1 kematian sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 346 kes kematian Covid-19 termasuk satu kes kematian sebenar direkodkan semalam, demikian paparan laman web CovidNow hari ini.

Mengikut data yang dikemas kini sehingga pukul 11.59 malam tadi, terdapat satu kematian sebenar dilaporkan dalam tempoh 24 jam manakala, 107 kematian sebenar purata bagi tempoh tujuh hari.

“Angka 346 kes kematian tersebut menjadikan jumlah kes kematian terkini Covid-19 sebanyak 22,355 kes.

“Terdapat 105 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan sebanyak 4,263 kes BID sehingga kini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (94), Kedah (82), Johor (59), Sabah (47), Pulau Pinang (30), Sarawak (14), Melaka dan Terengganu (masing-masing 4) serta Kelantan, Perak, Perlis dan Kuala Lumpur (masing-masing 3).

“Tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Pahang, Labuan dan Putrajaya,” ujarnya.

Sementara itu, sebanyak 227,120 kes aktif melibatkan 189,657 kes sedang dikuarantin di rumah, 24,296 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 11,933 kes di hospital, 524 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 710 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Kosmo! melaporkan, sebanyak 18,815 kes baharu dilaporkan semalam dengan tujuh daripadanya kes import, menjadikan jumlah kes positif mencecah sebanyak 2,049,750 kes. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI