CAMERON HIGHLANDS – Seorang warga emas dipercayai terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Sungai Palas menghala ke jalan utama Brinchang di sini, hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 3 petang ekoran hujan lebat itu menyaksikan berlaku runtuhan tanah dan aliran lumpur serta pokok tumbang.
Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, bomba yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 3.30 petang mendapati kejadian menyebabkan sebuah rumah kebun runtuh.
“Akibat kejadian itu dipercayai seorang warga emas terperangkap di dalam runtuhan dengan anggaran kedalaman satu meter.
“Pasukan bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa di kawasan runtuhan dan masih menunggu pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik,” katanya di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929