fbpx

[VIDEO] Wanita maut tertimbus, anak cedera dalam runtuhan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat melakukan pencarian mangsa dalam kejadian runtuhan, petang tadi.

CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat berterusan hampir dua jam menyebabkan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan seorang wanita di Jalan Sungai Palas, di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, K. Vijaya, 59, maut tertimbus runtuhan tanah manakala anak perempuannya berusia 29 tahun cedera.

Suami dan seorang lagi anak perempuan mangsa bagaimanapun terselamat.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.30 petang.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati terdapat tanah runtuh yang membawa lumpur dan pokok tumbang hingga meranapkan sebuah rumah.

“Semasa kejadian terdapat empat orang di dalam rumah tersebut, namun mangsa terperangkap di dalam runtuhan manakala tiga ahli keluarga lain sempat menyelamatkan diri.

“Wanita itu bagaimanapun berjaya ditemui pada pukul 5.41 petang dan jengkaut digunakan untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah sedalam satu meter.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Menurut beliau, hujan lebat selama dua jam sebelum kejadian dipercayai telah menyebabkan pergerakan tanah di bahagian atas hingga mengakibatkan sebahagian rumah roboh dihanyut air. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI