fbpx

Wanita hampir rebah, pokok RM50,000 lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pokok hiasan milik Rus Majida yang hilang pada Isnin lalu.

PETALING JAYA – Seorang wanita dari Kuala Terengganu meminta bantuan orang ramai untuk menejejaki pencuri tiga pokok hiasan kesayangannya yang dianggarkan bernilai RM50,000.

Rus Majida Hassan, 34, melalui laman Facebook berkata, pokok jenis Monstera Albo Marble, Monstera Aurea Marble dan Monstera Albo Halfmoon yang dikesan hilang pada petang Isnin tidak dijual di nurseri biasa.

“Saya amat mengenali pokok saya berikutan corak khas dan saiz pokok tersebut tidak dimiliki oleh orang lain dan saiz pokok yang dicuri sangat sukar didapati.

“Tolong bantu saya untuk dapatkan semula pokok-pokok ini dan agar saya dapat membawa si pencuri ke muka pengadilan. Ralat sungguh kerana ia mencapai saiz yang tidak dimiliki orang lain.

“Ini membuatkan pokok-pokok tersebut mudah untuk dicam sekiranya dijumpai. Hampir rebah rasanya sewaktu menyedari kejadian yang berlaku,” katanya.

Pokok Monstera Aurea Marble ini bernilai tinggi kerana saiznya yang besar dan tidak dijual di nurseri biasa.

Rus Majida dalam satu hantaran terkini berkata, beliau mendapat maklumat awal bahawa perbuatan tersebut dilakukan sepasang suami isteri.

“Sudah ada klu terbaru. Alhamdulillah. Ingat pencuri, saya takkan lepaskan awak suami isteri. Sila gentar dan serah diri pada polis ya,” tulisnya hari ini.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat namun jika ada individu yang sudah membeli pokok miliknya dia tidak akan meminta kembali pokok tersebut sebaliknya hanya mahu butiran penjual terbabit seperti nama, nombor telefon dan nombor akaun bagi membantu siasatan.

“Kepada si pelaku sekiranya anda membaca tulisan saya, sila pulangkan pokok saya seperti sedia kala atau saya tidak akan memaafkan anda dunia akhirat dan berdoa agar anda menerima balasan yang setimpal dunia akhirat.

“Saya juga doakan pokok tersebut tidak akan hidup subur di tangan anda. Sungguh saya tidak reda dengan perbuatan anda yang menceroboh kawasan rumah dan mencuri pokok-pokok kesayangan saya. Bertaubatlah,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI