fbpx

‘Tidak kira jenis makhluk, saya akan beri bantuan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Zara Zya memberi makan anjing jalanan dipuji ramai.

PETALING JAYA – “Selagi makhluk itu bernyawa dan lapar, saya akan bantu.”

Demikian antara respons aktres Zara Zya selepas usaha murninya memberi makan kepada anjing jalanan baru-baru ini yang mendapat pujian ramai.

Menurut Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, dia tidak menyangka usaha kecilnya menarik perhatian masyarakat sehingga turut mendorong mereka berniat untuk melakukan hal yang serupa.

“Saya memang suka menghulurkan bantuan kepada semua yang memerlukan dan umum tahu saya ada pertubuhan sendiri iaitu Malaysia Prihatin.

“Semua golongan tidak kira kaum, bangsa mahpun jenis makhluk saya akan bantu. Selagi makhluk itu bernyawa, ada perut dan berasa lapar, insya-Allah saya hulur bantuan,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai video dia memberi makanan kepada beberapa ekor anjing di kawasan kejiranannya, pelakon berusia 36 tahun itu bersyukur kerana usaha murni tersebut mendapat reaksi positif.

“Sangat terharu dengan pujian ramai. Dalam ruangan komen ramai yang puji malah ada yang ingin melakukan perkara serupa.

“Semoga apa yang saya lakukan ini menjadi asbab kebaikan untuk lebih ramai orang melakukan perkara baik terhadap semua orang. Jangan pinggirkan haiwan sebab mereka juga makhluk Tuhan,” ujar pelakon drama Seadanya Aku itu.

Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuklah: “Comel saja. Saya pun sama bagi makan kepada anjing. Sekarang ada yang diberi nama Kuntum”.

Terdahulu, berbekalkan modal simpanannya sendiri. Zara mengambil inisiatif menubuhkan sebuah laman web, www.malaysiaprihatin.com pada tahun bertujuan menyediakan platform sah dan telus untuk mana-mana pihak yang memerlukan dan berminat untuk menyalurkan sumbangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI