LANGKAWI – Polis mengesahkan tiada sebarang kompaun dikenakan terhadap pelancong pada hari pertama projek rintis gelembung pelancongan di pulau peranginan itu, hari ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, hasil pemantauan di lokasi tumpuan mendapati pelancong mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Pada masa ini seramai 60 anggota ditugaskan secara bergilir-gilir di kawasan tumpuan pelancong,” katanya ketika melakukan pemantauan pematuhan SOP di Pantai Chenang di sini hari ini.
Jelasnya, jumlah anggota yang bertugas akan ditambah secara berperingkat sehingga mencapai 150 orang.
Beliau turut menyeru orang ramai agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelak jangkitan Covid-19. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929