fbpx

Tambah baik ujian Covid-19 di terminal feri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew (dua dari kiri) meninjau proses ujian pengesanan Covid-19 di Terminal Feri Kuala Perlis, hari ini.

KUALA PERLIS – Kalangan pelancong menyambut baik keputusan kerajaan mewajibkan ujian pengesanan Covid-19 sebelum memasuki Pulau Langkawi, namun berharap proses tersebut dapat ditambah baik.

Pelancong dari Kulim, Kedah, Ilyasaq Taib, 42, berkata, dia bersama isteri dan lima anak sudah lama merancang untuk melancong ke Pulau Langkawi tetapi tidak dapat berbuat demikian susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, dia sekeluarga bertolak dari rumah seawal pukul 2.30 pagi kerana mahu tiba awal di Terminal Feri Kuala Perlis kerana bimbang proses pengesanan Covid-19 mengambil masa panjang.

“Saya harap pihak berkaitan dapat menambah baik proses untuk menjalani ujian saringan Covid-19 supaya tidak kelam-kabut seperti hari ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan di Terminal Feri Kuala Perlis mendapati penumpang sudah beratur untuk menjalani proses tersebut pada pukul 8.15 pagi ini sebelum dibenarkan menaiki feri pertama pada pukul 9.30 pagi.

Feri tersebut bagaimanapun mengalami kelewatan 30 minit kerana sebahagian besar penumpang tidak melakukan ujian pengesanan Covid-19 lebih awal.

Sementara itu, seorang guru, Hadayati Husna Suhaizil, 26, berkata, proses ujian pengesanan Covid-19 perlu dilakukan dengan lebih cekap bagi kemudahan dan keselesaan penumpang feri.

“Mula-mula memang rasa leceh dengan SOP yang dikenakan tetapi bila difikirkan kembali ini adalah demi keselamatan kami juga bila berada di sana nanti,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI