PETALING JAYA – Semua tadika swasta, tadika sekolah swasta dan pusat pengembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun di seluruh Terengganu dibenarkan beroperasi mulai esok.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat sejajar dengan peralihan Fasa 3 negeri itu yang bermula esok seperti diumumkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik semalam.
Bagaimanapun kata KPM, pengoperasian semula itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Semua tadika swasta, tadika di sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan pusat perkembangan minda untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun di negeri Terengganu mulai 17 September (esok) dengan pematuhan SOP dan garis panduan MKN,” katanya.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929