PETALING JAYA – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) untuk manfaat golongan orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan.
Bakul makanan bernilai RM100 setiap satu diagihkan kepada 60 penerima dalam kalangan OKU cacat penglihatan.
Ia turut melibatkan sumbangan wakalah zakat korporat SSM sebanyak RM6,000 kepada PPOBM.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Nor Azimah Abdul Aziz kepada Presiden PPOBM, Muhammad Huzaifah Ahmad di Pejabat PPOBM Brickfields baru-baru ini.
Nor Azimah berkata, sehingga 31 Ogos lalu, pihaknya telah mengagihkan peruntukan wakalah zakat korporat SSM sebanyak RM759,748.00 kepada golongan asnaf fakir miskin dan asnaf fisabilillah di seluruh negara.
“Bagi peruntukan tanggungjawab sosial korporat pula, SSM telah mengagihkan sebanyak RM231,939.00 kepada golongan yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.