fbpx

Sempat paut batang kayu sebelum tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Meru, di lokasi petang tadi.

SHAH ALAM – Seorang pemuda yang mati lemas di Tasik Cermin, Alam Budiman, di sini petang tadi dipercayai pergi bermandi-manda di tasik itu bersama enam rakannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, berdasarkan siasatan mangsa, R. Puravinraj, 19, kemudiannya telah terjun ke tasik berkenaan sebelum tenggelam.

“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa sempat berpaut pada sebatang kayu.

“Mangsa kemudian ditemukan pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Meru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada mangsa dengan tiada unsur jenayah dikesan berhubung kejadian tersebut.

Ujar Baharudin, mayat Puravinraj dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kosmo! terdahulu melaporkan suasana di Tasik Cermin, Puncak Perdana di sini, gempar apabila seorang pemuda ditemui lemas di tasik itu, petang tadi.

Mayat Puravinraj ditemui pukul 4.33 petang pada kedalaman empat meter Tasik Cermin. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI