fbpx

Sejarah debut Met Gala Rosé

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSÉ

JIKA rakan seangkatannya dalam Blackpink iaitu Lisa memecahkan rekod sebagai artis solo K-pop pertama yang berjaya mengutip jumlah tontonan lagu paling banyak dalam YouTube, penyanyi Rosé pula mencipta sejarah dalam hal berbeza.

Penyanyi itu yang kini berada di bandar New York dijemput sebagai salah seorang tetamu undangan bagi penganjuran acara popular, Met Gala 2021.

Acara berkenaan yang berlangsung di Muzium Seni Metropolitan, New York menyaksikan Rosé selaku artis K-pop wanita pertama yang pernah menjejakkan kaki ke situ.

Selain Rosé, majlis berkenaan turut menyaksikan penyanyi rap dan juga bekas anggota 2NE1, CL atau nama sebenarnya Lee Chae-rin yang melebarkan sayap kariernya di peringkat Hollywood menghadiri acara tersebut.

Pada acara tersebut, pelantun lagu On The Ground itu memasuki pekarangan tangga di ruang pintu masuk bersama Pengarah Kreatif Yves Saint Laurent (YSL), Anthony Vaccarello.

Walaupun busana berwarna hitam paras paha dengan lilitan reben besar berwarna putih di bahagian dada yang dikenakannya ringkas, namun kecantikan dan pesona penyanyi itu tetap dipuji peminat.

Rosé dilantik sebagai duta global YSL pada 2020 selepas beberapa tahun menjalin kerjasama dengan jenama mewah berkenaan. Januari lalu, dia menjadi ‘muse’ untuk YSL Beauté.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI