fbpx

Ribut petir, hujan lebat diramal landa empat negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di empat negeri pagi ini.

“Ribut petir dijangka melanda satu atau dua tempat di kawasan pantai di Perlis, Kedah di samping hujan di beberapa lokasi di negeri Perak.

“Ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah selain Wilayah Persekutuan Labuan pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, hujan lebat melanda Sabah menyebabkan banjir di Kolombong, Luyang, Inanam, Penampang dengan beberapa rakaman video memaparkan paras air mencecah ke paras dada.

Tiada hujan dijangka berlaku Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak pada pagi ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI