fbpx

Kadar vaksinasi Covid-19 Portugal tertinggi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas kesihatan berjalan melintasi poster Covid-19 di pusat vaksinasi di Lisbon pada 2 Julai lalu. - AFP

LISBON – Portugal kini merampas kedudukan pertama selaku negara paling ramai divaksin Covid-19 dengan kadar pelalian mencecah lebih 81 peratus, lapor agensi berita Xinhua, semalam.

Kadar peratusan itu sekali gus mengatasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malta yang sebelum ini antara negara mendahului dalam program vaksinasi Covid-19 dunia.

Menurut data kajian yang dijalankan Universiti Oxford menunjukkan Portugal di kedudukan teratas dengan 81.54 peratus, Malta dengan 80.95 peratus dan UAE pada 78.80 peratus.

Di Portugal, peratusan individu yang baru menerima satu dos vaksin adalah di bawah 10 peratus iaitu 5.40 peratus sahaja.

Pasukan petugas dari Pengarah Kesihatan Portugal (DGS) yang menyelaraskan logistik vaksinasi di negara itu, menganggarkan bahawa 85 peratus populasi akan menerima pelalian penuh menjelang minggu terakhir September.

Koordinator pasukan petugas DGS, Timbalan Laksamana Henrique Gouveia e Melo, mengatakan bahawa Portugal mencapai had sasaran golongan yang perlu divaksin, tidak termasuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Golongan kanak-kanak mewakili 12 peratus yang tidak layak divaksin dengan tiga hingga empat peratus lagi adalah mereka yang menolak pelalian Covid-19.

Perdana Menteri, Antonio Costa mengumumkan situasi Covid-19 di negara itu sudah terkawal hasil kadar vaksinasi tinggi yang berjaya dicapai.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 17,872 kematian dan 1,057.100 kes jangkitan Covid-19 telah disahkan oleh kementerian kesihatan Portugal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI