fbpx

Polis cari saksi tiga kemalangan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan ketiga melibatkan penunggang motosikal dan dua kenderaan lain menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

PETALING JAYA – Saksi kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS 150R di Lebuh Raya Damansara Puchong kilometer (km) 1.6 menghala Damansara pada 12 September lalu, diminta tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik menerima laporan berkenaan kemalangan tersebut pada pukul 9.40 malam di hari kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun dipercayai motosikalnya terbabas dan jatuh di atas jalan raya. Mangsa meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, bagi kemalangan kedua, katanya, melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS150R dan sebuah kereta jenis Perodua Alza di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) Kilometer 24.8 menghala Sungai Buloh semalam

“Kemalangan berlaku semasa pemandu kereta tersebut dari tempat kerja di sini menghala balik ke rumahnya di Rawang. Semasa berada di lorong paling kanan, pemandu kereta terbabit telah hilang kawalan lalu berpusing dan melanggar pembahagi jalan akibat jalan licin disebabkan hujan.

“Susulan itu, kereta tersebut telah berhenti di dalam keadaan melintang di lorong paling kanan dan terus dilanggar oleh penunggang motosikal,” katanya.

Bagi kemalangan ketiga, Fakhrudin menjelaskan insiden itu melibatkan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah lori jenis Hino di Jalan Sungai Buloh-Kepong berdekatan susur Sri Damansara semalam.

Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Rozilah Hussin di talian 016-267 9025 bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI